Our Baby~..

having a baby

Tuesday, March 31, 2009

Kita tergolong dalam golongan mana??

"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
Ulasan lanjut daripada petikan itu ialah ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara yang mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai rasis. British pun tidak panggil kita rasis. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di Semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.
Kata Tun Mahathir lagi: Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.
Itu adalah hakikat. Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu adalah hakikat yang sedang berlaku sekarang. Penulis sendiri (dan akhbar keramat Utusan Melayu ini sendiri) sedang mengalami situasi itu. Kami dituduh 'secara blanket' sebagai rasis, walaupun niat kami sebaliknya.
Keadaan sekarang samalah seperti di Barat apabila Yahudi secara sistematik mencipta satu protokol bahawa sesiapa yang bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.
Tidak pasti pula, siapa di negara kita ini yang merangka 'protokol yang seumpama itu'. Apabila kita bercakap mengenai diri kita sendiri - orang Melayu atau mengenai bangsa lain atau berkias mengenainya atau cuit mengenai mereka, walaupun ia adalah fakta, maka - itu adalah rasis, perkauman.
Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.
Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka?
Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini:
1. Golongan Melayu Liberal. Mereka ini sudah hilang ''semangat dan roh'' (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.
2. Golongan Melayu Ulama (yang menolak semangat ke-Bangsa-an). Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pas aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan Pas, UMNO perlu ikut cara Pas. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaannya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutakhir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran Hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik Aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.
3. Golongan Melayu PKR (yang menolak UMNO kerana ia menolak master mereka Anwar Ibrahim). Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan liberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau Pas, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan Pas. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang, PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.
4. Golongan Melayu DAP. Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.
5. Golongan Melayu Atas Pagar. Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah: ''Aku Sudah Muak''. Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.
6. Golongan Melayu UMNO. Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.
Rumusannya, Melayu berpecah kepada enam kumpulan. Sama ada teori ini boleh diterima, terserahlah..
Note: Aku rase aku tergolong dalam golongan no. 5 laa..erti kata len aku ni pihak berkecuali laaa..mana yg elok aku follow..yg buruk tuh..xde laa ikut..gunakan otak dan berpikir mencari kebenaran dan kelogikan sesuatu cerita politik di Malaysia..TAPI ape² pon..aku tetap pertahankan hak org melayu dan org MALAYSIA..dari kita bergaduh sesame sendiri..sedar laa yg negara kite ni sedang di jajah oleh pendatang asing dlm diam²..

Monday, March 30, 2009

Which Baby Were U ?? Part. 1

----------JANUARY BABY---------------
Pretty/handsome.
Loves to dress up.
Easily bored.Fussy.
Seldom shows emotions.
Takes time torecover when hurt.
Sensitive.
Down-to-Earth.
Stubborn.
----------FEBRUARY BABY ------------
Abstract thoughts.
Loves reality and abstract.
Intelligent and clever.
Changing personality.
Attractive.
S#*iest out of everyone.
Temperamental.
Quiet, shy and humble.
Honestand loyal.
Determined to reach goals.
Lovesfreedom.
Rebellious when restricted.
Loves aggressiveness.
Too sensitive and easily hurt.
Gets angry really easily but does not show it.
Dislikes unnecessary things.
Loves making friends but rarely shows it.
Horny.
Daring and stubborn.
Ambitious.
Realizing dreams and hopes.
Sharp.
Loves entertainment and leisure.
Romantic on the inside not outside.
Superstitious, ludicrous and Spendthrift.
------------MARCH BABY ------------
Attractive personality.
S #xy.
Affectionate Shy and reserved.
Secretive.
Naturally honest, generousand sympathetic.
Loves peace and serenity.
Sensitive to others.
Great kisser.
Easily angered.
Trustworthy.
Appreciative and returns kindness.
Hardly shows emotions.
Tends to bottle upfeelings.
Observant and assesses others.
-------------APRIL BABY ------------
Suave and compromising.
Funny and humorous.
Stubborn.
Very talkative.
Calm and cool.
Kind and sympathetic.
Concerned and detailed.
Loyal.
Doeswork well with others.
Very confident.
Sensitive.
Positive Attitude.
Thinking generous.
Good memory.
Clever and knowledgeable.
Loves to look for information.
Able to cheer everyone up and/or make them laugh.
Able to motivate oneself andothers.
Understanding.
Fun to be around.
Outgoing. Hyper.
Bubbly personality.
Secretive.
Boy/girl crazy.
Loves sports, music, leisure andtravelling.
Systematic.
hot but has brains.
------------MAY BABY ------------
Stubborn and hard-hearted.
Strong-willed andhighly motivated.
Sharp thoughts.
Easily angered.
Attracts others and loves attention.
Deep feelings.
Beautiful physically and mentally.
Firm Standpoint.
Needs no motivation.
Shy towards opposite sex.
Easily consoled.
Systematic (left brain).
Loves to dream.
Strong clairvoyance.
Understanding.
Sickness usually in the ear and neck.
Good imagination.
Good physical.
Weak breathing.
Loves literature and the arts.
Loves travelling.
Dislike being at home.
Restless.
Not having many children.
Hardworking.
High spirited.
---------- JUNE BABY ------------
You've got the best personality and are anabsolute pleasure to be around.
You love to make new friends and be outgoing.
You are a great flirtand more than likely have an a very attractive partner.
a wicked hottie.
It is also more than likely that you have a massive record collection.
You have a great choice in films, and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you've got the looks for it!!!
-------------JULY BABY -----------
Fun to be with.
Secretive.
Difficult to fathom and tobe understood.
Quiet unless excited or tensed.
Takes pride in oneself.
Has reputation.
Easilyconsoled.
Honest.
Concerned about people's feelings.
Tactful.
Friendly & Approachable.
Emotional temperamental and unpredictable.
Easily hurt.
Witty , sparkly and spazzy at times.
Not revengeful.
Forgiving but never forgets.
dislikes nonsensical and unnecessary things.
Guides others physically and mentally.
Sensitive and forms impressions carefully.
Caring andloving.
Treats others equally.
Strong sense of sympathy.
Wary and sharp.
Judges people through observations.
Hardworking.
No difficulties in studying.
Loves to be with friends
Always broods about the past and the old friends.
Waits for friends and Never looks for friends.
Not aggressive unless provoked.
Loves to be loved.
Easily hurt but takes long to recover.

Thursday, March 26, 2009

Cite Pasangan Berkahwin..

Hoho..lagi skali aku re-post blik information yg aku dpt dr blog isuBUMPERkahwin coz aku rs ianya elok tuk org² yg cm aku yg nk kawen nih..kali ni mengenai life setelah berkahwin..cite pasal slot tilam & bantal yg kt Wanita Hari Ini tuh..punca nye ade seorang isteri meminta pendapat drpd panel penasihat, Dr. Fazilah Kamsah, so kasi sini aku re-post balik ape permasalahannye dan nasihat tuk mengatasi masalah tuh..
"Seorang penonton mengadu, dia tinggal dengan ibu dari zaman bujang sampai lah sejak dah berkahwin sebab kasihankan ibu yang tinggal sendiri. Dia pulak anak tunggal.Dia dan suami takde lah punya masalah besar mana, cuma dia dan suami rasa macam terbatas pergerakan dan pergaulan bila tak duduk kat rumah sendiri. Suami isteri ni macam rasa malu bila nak bermesra atau bermanja-manja kat rumah ibunya mahupun di rumah mentua. Segan nak lepak atas riba masa tengok TV, malu nak peluk dan cium pipi suami bila ibunya ada sama.Pendek kata, masa yang ada untuk bermanja berdua, hanya lah pada waktu malam, di bilik tidur.Nak dijadikan cerita, si suami pulak jenis yang suka keluar main bola malam-malam. Tinggal lah si isteri duduk bilik seorang diri, kempunan nak dibelai dan dimanja oleh suami. Sampaikan hubungan mereka suami isteri jadi makin dingin dari hari ke hari. Nak adakan hubungan suami isteri pun, seminggu sekali belum tentu lagi "
Cadangan Dr. Fazilah ;
1. Lagi bagus kalau dapat duduk rumah sendiri. Lebih-lebih lagi, kalau pengantin baru sebab baru nak pupuk kemesraan antara satu sama lain. Kalau ada ahli keluarga terdekat tinggal bersama, mesti lah ada rasa segan dan kekok bila nak bermanja-manja. Lagi pulak, bila dapat suami yang punya ego tinggi. Tak suka tunjuk kasih sayang kat isteri depan orang lain. Tak nak dikata sebagai mat bunga, jiwang, geli-geleman dan sebagainya. Memang kecik lah hati isteri tadi..Tapi, kata Dr. Fazilah, duduk dengan ibu pun tak jadi masalah..Lagi besar pahalanya..Cuma, antara suami isteri, perlu ada komunikasi. Isteri perlu cakap dengan suami yang dia suka dibelai dan dimanja, tak kiralah kat mana-mana, depan siapa pun. Tapi, takdelah bermanja sampai tahap melebih-lebih, kan..Sambil menonton Tv, isteri boleh baring atas riba suami..Kalau ibu tegur, tak manis ke, macam miang je kamu berdua, balas balik, ini sunnah Nabi, ibu. Nabi dulu selalu baring atas riba isteri kalau nak bermanja dengan isterinya..Kalau dah dikata sunnah Nabi, takkan lah ibu nak tuduh macam-macam lagi, kan?? ( time ni ikut sunnah nabi..)
2. Semasa tidur malam, pegang tangan antara satu sama lain. Gugur dosa antara keduanya. Amalkan jugak tidur berkongsi satu selimut dan tidak memakai apa-apa dibawahnya.
(Dr. Fazilah yang cakap, ye. Bukan aku memandai kata :p)
3. Kalau bergaduh, jangan memaling muka daripada suami semasa tidur. Hadap jugak. Tak kiralah muka monyok macam mana sekalipun.
4. Kalau boleh, tetapkan peraturan, solat berjemaah dan makan bersama-sama, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Selain tu, mandi bersama-sama pun boleh dijadikan sebagai rutin untuk eratkan lagi hubungan antara suami isteri.
5. Isteri perlu sentiasa berhias dan berwangi-wangian untuk suami. Bukan setakat keluar rumah je baru nak melawa. Kalau isteri dah pakai lawa-lawa, jangan lah buat tak tau aje, pujilah dia cantik, dia lawa. Suami jugak tak terkecuali. Jangan dok sarung kain pelekat dan baju Pagoda je 24 jam, macam mana lah isteri nak tergoda.
6. Pulang dari kerja, terus peluk dan cium isteri. Sentuhan itu bagaikan satu terapi. Nescaya, penat lelah kerja akan hilang serta-merta.
7. Belajar lebih banyak mendengar daripada bersuara sebab perempuan ni lebih suka kalau suaminya mendengar masalah dia.
8. Cuba bahagiakan isteri dengan sekali-sekala membantu buat kerja-kerja di dapur, masak untuk isteri, sidai kain baju.
9. Ingat tarikh-tarikh penting kamu berdua dan belikan hadiah. Senyum lebar sampai telinga lah dia. Paling penting, sentiasa ucapkan kata-kata cinta dan rindu macam zaman bercinta dulu setiap hari. Orang perempuan memang suka. Lebih-lebih lagi kalau dah bertahun-tahun berumahtangga. Lagi lah dia nak dengar kata-kata yang suami sayang dia, kalau boleh tiap saat, tiap ketika. Walaupun dia tak beritahu, tapi dia mahu sebenarnya.
Note: Aku just wat intro jek tau..yg len sume aku re-post balik dalam bentuk layout aku..

Wednesday, March 25, 2009

Kenape mesti TIPU??

Aku x tau nk tulih pe tuk tajuk nih...sbb nye aku sendiri x tau nk jawab cmner so, skang nih aku betul² nk tahu laa kenape mesti kite TIPU dalam life kite?? Ade sesape yg bleh bagi pendapat n alasan tuk hal nih?? sila² kan anda semua bantu aku yg tgh keliru lg bingung nih..x kisah laaa dalam keadaan cmner pon..dlm berkerja ke...berkawan ke..bercinta ke..arghhhh...

Everything is yours..


My breath is to your life,
My heartbeat is to your rhythm,
My movement is due to your love,
My eyes are owned by your beauty,
My light is your glow,
My demons disappear to your presence,
My arms move with your strength,
My voice is your words,
My veins are filled with glow,
I'm lost like a plant lost in the snow,
My love you are forever,
And take my heart away from you I will never,

I love you....so~ much..

Tuesday, March 24, 2009

Tips Raja Sehari..

Mmm..tgh aku relaxkan minda..aku terbaca satu post di blog IsuBUMPERkahwin yg memberi aku satu information yg selama nih aku x tau..so, kt sini aku re-post blik tips tersebut..so, check-it out:
#1 : Sentiasa memberikan senyuman..
Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.
#2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.
Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.
#3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad
Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.
#4 : Makan
Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan.
#5 : Solat jamak
Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran.
Note: Information yg bagus tuk kite ketahui..mungkin tips ini kelihatan agak remeh-temeh, tapi ingt, kadangkala, perkara remeh-temeh inilah yang akan mengganggu kelancaran majlis perkahwinan kite itu...so, sesape yg aku kenali tuh..sila² laaa ambik perhatian yer..

Friday, March 13, 2009

Tuesday, March 3, 2009

Ciri² Perokok Tegar

Post ni aku re-post blik dr blog 'aku bisik disini' yg aku slalu gaks bc sbb aku rs post ni bagus..so, check it out k..
1. perokok-perokok tegar nih mmg kalau kita plan lepak mamak, smpai2 je mase tgh order kat anney tu derang da stat ketok2 kotak rokok tuh...pastuh teros puh..puhh..puhhh..
2. bila da abes makan, cardas amek sebataang lagi rokok, (ini mmg habit biase, rokok lpas makan)..ni kalau order smpi cepat, kalau lmbat..lagi sebatang la...heheheh
3. pastuh kalau da kate lpak mamak lame, kompem derang rase sangap..puas gelak2..emo2 bercerita...tangan tarik lagi sebatang..dan lagi..dan lagi
4. bile da rase mcm nak kene blah dr tmpat lepak, salah seorang dr derang kate..'ok, sebatang lu'..atau dialog ni digunakan kalau utk tahan mmber dr blah awal, kiranya nk delay2 kan mmbe la kannn..
5. pastuh,kalau kt mall..biasanya bila da sampi je..lek jap kt entrance tuh..sebatang lu..pastuh, kalau baru pas abes 1 mission mcm, abes beratur beli tiket movie ke..sopin ke..tgk movie ke...sebatang lagi... ni tak campo pas movie kot de agenda len men boling ke..ape ke..lagi sebatang..bile da abes sume mission..kuar je dr mall nk ke parking lot..laaagi sebatang..kan?
6. lagi satu tabiat perokok tegar, kat tmpt keje..bila smpi jek opis...sebatang lu..sebelum naik..pastuh kalau baru abes meeting ke training ke..haa ramai2la turun g isap rokok...pastuh kalau time derang break ke, nk balik ke..or turun bwh kejap je ke..pantas je tgn amek lg sebatang..ahahahh..gile refleks kan?..
7. kalau mase drive, aku rase tabiat kekerapan dan ketegaran derang bergantung pada berapa jauh destinasi derang..nak nak jam plak kan..lagi kerap la..ecehhh...macamla isap rokok leh redakan jam tuh..ahakss..mcm la lg byk isap, lg dekat jarak tmpt derang nk g tuh..huhuuhu..an..an...an..
Note: semoga perokok yg tegar itu tahu menghormati org² di sekeliling mereka yg mungkin alah ngn asap rokok..kasihani laa kanak² & anak kecil yg ade sekitar anda..dowang pon nk idup lame gaks cm korang sume..so, renung² kan laa yerr..