Kita sebagai manusia tak pernah melupakan lupa
Sering kita mengingatkan suatu bahagian
Seringkali itulah melupakan yang sebahgiannya
Dan itu berterusan...
Apabila kita sering mengidamkan kejayaan kita lupa
Bahawa kita adakala harus menempuh kesusahan
Sehinggakan apabila kita dalam kepayahan
Kita sering bertanya bilakah datangnya kemanisan
Diri tidak pernah berhenti berfikir tentang kemenangan
Apabila kita sering mengingati kekasih hati
Kita lupa untuk mengingati sahabat
Kerana mereka telah jauh tercampak ke belakang
Sehingga apabila kita kecewa lara
Mereka itulah yang memimpin kita
Dari terus jatuh tersungkur
Apabila kita sering berhibur dengan para teman
Kita lupa untuk mengingati mereka yang
Melahirkan, membesar dan mengasuh
Sehinggakan apabila kita terbiar terkontang kanting
Ayah ibu jua yang hadir dengan lapang dada
Menghulurkan kasih dan sayang...
Apabila kita sering dihimpit dengan Tanggungjawab yang membebankan
Kita lupa untuk mencurahkan kasih pada tanggungjawab yang sebenar
Tidak pernah?
Jarang-jarang?
Kadang-Kadang?
Atau ingin melupakan-Nya terus..
Terlupa lagi...Hidup bagaikan roda..
Berulang alik dari mana ia bermula
Tapi kita masih terlupa
Ketahuilah.. Dia tak pernah melupakan mereka yang tidak melupakan-Nya
Tuesday, July 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment