Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu untuk mengakuinya. Sebenarnya dalam sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran ianya ibarat cendol tidak bergula...Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi...
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta..
Diukir dari intan permata
(Wah , suamiku seorang jutawan)
Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati..Kesannya zahir rupanya maknawi..Terpendam bagai permata dalam hati..Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan di saat hati mengingati tuhan..
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri, sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat dan luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
sahlah nikah dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'...'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..Soleh dan solehah.
Semoga Allah melimpah Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...
wassalam~..
1 comment:
mohon share ye di blog saya...sgt menarik post ni
Post a Comment