Our Baby~..

having a baby

Monday, September 29, 2008

Petua Kebahagiaan Rumah Tangga

1-Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2-Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3-Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4-Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5-Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6-Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7-Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9-Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10-Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11-Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12-Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13-Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14-Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15-Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16-1 Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17-Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18-Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19-Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20-Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21-Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22-Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23-Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

Tuesday, September 23, 2008

Waiting~

Mmmm..saat aku menulis blog kali nih..aku sedang menunggu waktu berbuke di bilik opis mak aku..menahan rs ngantukk n keletihan..ikutkan ati, aku sbenarnye xnk join program berbuke ngn NGO's mak aku nih..tp memandangkan aku skang berulang alik ngn mak aku tambahan plak aku rs berat jekk nk biarkan mak ku drive sorang² malam kang..so, aku turutkan jugak laa dgn perasaan separuh rela..huhu..
Sebenarnye aku pon xtau nk tulih pe..otak tgh blurrr..mata pon tgh pedih²..dh bape kali nguap..nk tido kt opis mak aku nih mmg laa bleh tp..ntah nape cm xde ati nk tido jekk..cm ade jiwa kacau jekkk..uhuhu..bosannyee...tetibe teringt lak..td izza call..bgtau kad ghaye aku antar dh smpi tp yg menjadi cite len..aku bleh x tulih pape dlm kad tuh..ye ke aku x tulih?? aku pon ingt² lupe je nih..kalu izza nye aku x tulih..sure trahnye pon aku x tulih laa tuh..sorry laa kengkawan..maybe time aku tulih tuk reramai tuh aku terrrr..miss plak part korang..ye laa kemkabut tulih..takut x sempat pos..dlm kad tuh sebenarnye aku nk mintak maaf kt korang n wish selamat hari raye pose..tp lega laa at least kad ghaye aku sempat smpi gaks kepada insan² yg aku tujukan..tapi tahun nih..aku langsung x dapat kad raye...(T.T)..mmm..xpe laa..janji aku kasi kt korang kan..rutin tahunan..kuakuakua..Cite pasal raye..next week umat islam akan menyambut kemenangan masing²..tahun ni aku xde rs sgt excited..xtau laa nape..baju raye pon aku wat sepasang jek..x mcm tahun² sebelum nih..maybe sbb bulan pose kali nih aku rs penat sgt kot..serius laa..aku respect kt mak aku..cmner laa mak aku bleh tahan ulang-alik seremban putrajaya ari²..aku yg muda nih pon rs penat jekk..Arghhhh...dh xde idea dh tulih..nk gi tukar baju jap..basuh muke kasi fresh sket..jumpe lg len kali...adios..!!~

Guy Must Reads

When i don't call you
[ Its because i'm waiting for you to call me ]

When i walk away from you mad
[ Follow me ]

When i stare at your mouth
[ Kiss me ]

When i push you or hit you
[ Grab me and don't let go ]

When i start cussing at you
[ Kiss me and tell me you love me]

When i'm quiet
[ Ask me whats wrong/Or mess with me. ]

When i ignore you
[ Give me your attention ]

When i pull away
[ Pull me back ]

When you see me at my worst
[ Tell me i'm beautiful ]

When you see me start crying
[ Hold me and tell me everything will be alright ]

When you see me walking
[ Sneak up and hug my waist from behind ]

When i'm scared
[ Protect me ]

When i lay my head on your shoulder
[ Tilt my head up and kiss me ]

When i tease you
[ Tease me back and make me laugh ]

When i don't answer for a long time
[ reassure me that everything is okay ]

When i look at you with doubt
[ Back yourself up ]

When i say that i like you
[ I really do more than you could understand ]

When i grab at your hands
[ Hold mine and play with my fingers ]

When i bump into you
[ bump into me back and make me laugh ]

When i tell you a secret
[ keep it safe and untold ]

When i look at you in your eyes
[ don't look away until i do ]

When i miss you
[ i'm hurting inside ]

When you break my heart
[the pain never really goes away ]

When i say its over
[ i still want you to be mine ]

Tuesday, September 16, 2008

Sedozen Kesilapan Suami di Ranjang

1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

2. PENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya, apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak

4. MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.

5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.

6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.

7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergimengebom tiga anggota saja.

8. GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru
dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.

9. BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.

10. JANGAN JADI SHARP SHOOTER
Isteri bukan untuk diserang secara 'direct', yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.

11. MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta' (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda.

12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.
Mudah-mudahan dengan adanya catatan ini, para suami dapat menjalankan tugas memberi nafkah batin dengan lebih lancar dan memuaskan isterinya.

Monday, September 15, 2008

Tulang Rusuk...Mencari yang Sempurna~

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada..Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik.... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya diasedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat. Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W

Pantang Larang Bakal Pengantin Melayu

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti. Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.
  • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  • Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.
  • Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
  • Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  • Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  • Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.
  • Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  • Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  • Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.
  • Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  • Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
  • Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  • Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  • Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.
  • Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  • Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
  • Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  • Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  • Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  • Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  • Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  • Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  • Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  • Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  • Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  • Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
  • Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
  • Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
  • Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.
  • Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
  • Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
  • Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  • Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  • Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  • Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  • Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
  • Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  • Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  • Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Friday, September 12, 2008

9 Jenis Anak Setan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk musnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.